Saturday, April 25, 2009

KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN TERLEPAS PANDANG TERHADAP SUKU KAUM MOMOGUN RUNGUS

:: SOALAN-SOALAN MELALUI EMAIL DAN YAHOO MESSENGER ::
Q: Suku Kaum Momogun Rungus Mempunyai Ramai Penduduk di Kawasan Mana Di Sabah?
A: Pertama, Kawasan Parlimen yang mempunyai ramai diduduki oleh Suku kaum Momogun Rungus ialah di Kawasan PARLIMEN P.167 KUDAT. Kawasan ini merangkumi: N.1 Banggi, N.2 Tanjung Kapur dan N.3 Pitas. Pengundi paling ramai di sini ialah Suku Kaum Momogun Rungus. Kedua, Kawasan Parlimen P.168 Kota Marudu. Kawasan ini merangkumi: N.4 Matunggong dan N.5 Tandek. Di kawasan ini juga boleh dikatakan pengundi Suku kaum Momogun Rungus di sini lebih daripada separuh. Ketiga, Kawasan PARLIMEN P.183 BELURAN:. Kawasan ini merangkumi: N.39 SUGUT dan N.40 LABUK. Di kawasan ini juga ramai pengundi Suku kaum Momogun Rungus.
Q: Bagaimana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memilih Suku kaum Momogun Rungus sebagai Wakil Rakyat samada AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI mahupun AHLI PARLIMEN pada tiap kali ada PILIHANRAYA UMUM?
A: Kerajaan Negeri Mahupun Kerajaan Persekutuan terlepas pandang terhadap perkara ini. Adalah sangat penting dan kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tidak boleh macam tidak nampak perkara ini lagi sebab Suku Kaum Momogun Rungus sudah terlalu miskin.
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus Dipilih Dan Dilantik Menteri Penuh?
A: Tidak pernah. Pada hal Suku Kuam Momogun Rungus ramai sudah yang berkelayakan contohnya: Dr, Master, Sarjana, Diploma dll.
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus dilantik sebagai AHLI DEWAN UNDANGAN ataupun AHLI DEWAN NEGARA?
A: Sejak akhir-akhir ini Kerajaan Negeri tidak perlu melantik ADUN sebab Kerajaan Negeri cukup wakil tetapi sejak merdeka Suku Kaum Momogun Rungus tidak pernah dipilih dan dilantik AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DILANTIK. Demikian pun Suku Kaum Momogun Rungus tidak pernah dipilih dan dilantik AHLI DEWAN NEGARA (SENATOR).
Q:
Q: Apakah Jawatan Dalam Politik yang tertinggi diberikan kepada Suku kaum Momogun Rungus?
A: Paling tinggi hanyalah Pembantu Menteri sahaja. Mereka yang pernah dilantik ialah YB. Datuk Matius Majihi (1985 - 1994), YB. Datuk Markus Majihi (1994 - 1999) dan YB. Jornah Mozihim (2004 - 2008).
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus dilantik sebagai Pegawai Daerah (DO)?
A: Tidak pernah.
Q: Apakah paling tinggi jawatan dalam kerajaan yang pernah disandang oleh Suku kaum Momogun Rungus:
A: paling tinggi ialah hanya Penolong Pegawai Daerah sahaja iaitu En. Medin Masandu (Pejabat daerah Kecil Paitan) dan En. Bubudan OT Majalu (Pejabat Daerah Kecil Nabawan).
Q: Apakah Sebab-sebab Utama Suku Kuam Momogun Rungus Sangat Miskin di Malaysia?
A:

Suku Kaum Momogun Rungus Ramai di P.167 KUDAT, P168 KOTA MARUDU & P.183 BELURAN. Sayang Sekali Ketiga-tiga Kawasan Parlimen Ini Tiada Satu Pun Diberi

:: AHLI PARLIMEN ::
Y.B. DATUK ABDUL RAHIM BAKRI - P.167 KUDAT (UMNO-BN)
Pengundi majorit di sini ialah Suku Kaum Momogun Rungus. Apakah yang telah dibuat oleh Wakil Rakyat ini terhadap Suku Kaum Momogun Rungus dan Momogun Tabanuo??? Bilakah giliran Suku Kaum Momogun Rungus Sebagai Wakil Parlimen di sini???

:: N.1 BANGGI ::
Ramai Pengundi Suku Kaum Momogun Rungus di Kanibungan: Kg. pantai, Kg. Taradas, Kg. Mapaat, Kg. Mapad, Kg. Golom, Kg Sinukab, Kg. Monduring, Kg. Sulakolung, Kg. Masin, Kg. Narandang, Kg. Pias, Kg. Liu, Kg. Mongkubou dan sebagainya.

:: N.2 TANJUNG KAPOR ::
Majoriti Pengundi di sini Suku kaum Momogun Rungus.

:: N.3 PITAS ::
Majoriti Pengundi di sini Suku Kaum Momogun Rungus dan Momogun Tambanuo.

:: AHLI PARLIMEN ::
Y.B. DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI - P.168 KOTA MARUDU (PBS-BN)
Pengundi majorit di sini ialah Suku Kaum Momogun Rungus. Apakah yang telah dibuat oleh Wakil Rakyat ini terhadap Suku Kaum Momogun Rungus dan Momogun Kimaragang??? Bilakah giliran Suku Kaum Momogun Rungus Sebagai Wakil Parlimen di sini???

:: N.4 MATUNGGONG ::
Majoriti Pengundi di sini Suku kaum Momogun Rungus.

:: N.5 TANDEK ::
Majoriti Pengundi di sini Suku Kaum Momogun Rungus dan Momogun Kimaragang.

:: AHLI PARLIMEN ::
Y.B. DATUK RONALD KIANDEE - P.183 BELURAN (UMNO-BN)
Pengundi majorit di sini ialah Suku Kaum Momogun Rungus, Momogun Tabanuo dan Momogun Kadazandusun. Apakah yang telah dibuat oleh Wakil Rakyat ini terhadap Suku Kaum Momogun Rungus dan Momogun Tabanuo??? Bilakah giliran Suku Kaum Momogun Rungus Sebagai Wakil Parlimen di sini???

Masalah terbesar di kawasan ini ialah belum sebuah jalan berturap di seluruh kawasan ini terutama di N.39 Sugut. Yang paling kasian orang-orang tua yang pergi ke Tamu untuk menjual Ubi kayu, ayam dan berbagai penghasilan mereka terpaksa mengharungi lumpur pada musim hujan. Sebagai untuk membuktikan kami mengundang Perdana Menteri Malaysia meninjau dalam kadar segera.

:: N.39 SUGUT ::
Ramai Pengundi Suku Kaum Momogun Rungus di Kg. Tangkarason, Kg, Maidan, Kg. Pinampadan, Kg. Golong, Kg. Pinangkau, Kg. Bawang Tangkarason, Kg. Simpang 3 dan sebagainya.

:: N.40 lABUK ::
Ramai juga pengundi Suku kaum Momogun Rungus, dan Momogun Tambanuo di sini.

Pembantu Menteri

YB. Datuk Matius Majihi (Public Work & Communication: 1985 - 1994)
YB. Datuk Markus majihi (Culture, Youth & Sport: 1994 - 1999)
YB. Jornah Mozihim (Community Development & Consumers Affairs: 2004 - 2008)

Member of Parliment (Ahli Parlimen)

Datuk George Abah Monginpal (P.147 Bandau: 1978 - 1982)
Joe Ojihi Supiring (P.146 Marudu: 1985 - 1994)
Henry Madatang Morejal (P.147 Bandau: 1986 - 1990)

Sabah Assemblyman (Dewan Undangan Negeri)

YB. Amil Matinggi (N.4 Matunggong: 1981)
YB. Datuk Matius Majihi (N.4 Matumnggong: 1985 - 1994)
YB. Datuk Markus Majihi (N.4 Matunggong: 1994 - 1999)
YB. Atung Mangabis (N.4 Matunggong: 1999 - 2004)
YB. Jornah Mozihim (N.4 Matunggong: 2004 - 2008)
YB. Sarapin Magana (N.4 MatunggongL 2008 - Now)

Setiausaha Politik

En. Patrick Manjil Madalag (Kerajaan Era Parti Berjaya)
YB. Joe Ojihi Supiring (Kerajaan Parti PBS: 1994 - 1999)
YB. Atong Mangabis (Kerajaan Parti PBS: 2002 - 2004)
Julitah Monjungki (Kerajaan Parti BN-PBS: 2004 - Now)
YB. Sarapin Magana (Kerajaan BN-PBS: 2008 - Now)
Puan Jornah Mozihim (Kerajaan BN-PBS: 2008 - Now)

Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR)

Henry Motimbun Tujongkuk (PKR N.1 Banggi: Era Berjaya)
Henry Kuzukuk Monisi (PKR N.1 Banggi: 1986 - 1990)
Henry Gonduman Marajam (PKR N.4 Matunggong: 1985 - 1994)
Jailani Hamdan (PKR N.4 Matunggong: 1994 - 1999)
Datuk Markus Majihi (PKR N.4 Matunggong: 1999 - 2003)
Jealin Mozihim (PKR N.4. Matunggong: 2004 - 2008)