Saturday, April 25, 2009

KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN TERLEPAS PANDANG TERHADAP SUKU KAUM MOMOGUN RUNGUS

:: SOALAN-SOALAN MELALUI EMAIL DAN YAHOO MESSENGER ::
Q: Suku Kaum Momogun Rungus Mempunyai Ramai Penduduk di Kawasan Mana Di Sabah?
A: Pertama, Kawasan Parlimen yang mempunyai ramai diduduki oleh Suku kaum Momogun Rungus ialah di Kawasan PARLIMEN P.167 KUDAT. Kawasan ini merangkumi: N.1 Banggi, N.2 Tanjung Kapur dan N.3 Pitas. Pengundi paling ramai di sini ialah Suku Kaum Momogun Rungus. Kedua, Kawasan Parlimen P.168 Kota Marudu. Kawasan ini merangkumi: N.4 Matunggong dan N.5 Tandek. Di kawasan ini juga boleh dikatakan pengundi Suku kaum Momogun Rungus di sini lebih daripada separuh. Ketiga, Kawasan PARLIMEN P.183 BELURAN:. Kawasan ini merangkumi: N.39 SUGUT dan N.40 LABUK. Di kawasan ini juga ramai pengundi Suku kaum Momogun Rungus.
Q: Bagaimana Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak memilih Suku kaum Momogun Rungus sebagai Wakil Rakyat samada AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI mahupun AHLI PARLIMEN pada tiap kali ada PILIHANRAYA UMUM?
A: Kerajaan Negeri Mahupun Kerajaan Persekutuan terlepas pandang terhadap perkara ini. Adalah sangat penting dan kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tidak boleh macam tidak nampak perkara ini lagi sebab Suku Kaum Momogun Rungus sudah terlalu miskin.
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus Dipilih Dan Dilantik Menteri Penuh?
A: Tidak pernah. Pada hal Suku Kuam Momogun Rungus ramai sudah yang berkelayakan contohnya: Dr, Master, Sarjana, Diploma dll.
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus dilantik sebagai AHLI DEWAN UNDANGAN ataupun AHLI DEWAN NEGARA?
A: Sejak akhir-akhir ini Kerajaan Negeri tidak perlu melantik ADUN sebab Kerajaan Negeri cukup wakil tetapi sejak merdeka Suku Kaum Momogun Rungus tidak pernah dipilih dan dilantik AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DILANTIK. Demikian pun Suku Kaum Momogun Rungus tidak pernah dipilih dan dilantik AHLI DEWAN NEGARA (SENATOR).
Q:
Q: Apakah Jawatan Dalam Politik yang tertinggi diberikan kepada Suku kaum Momogun Rungus?
A: Paling tinggi hanyalah Pembantu Menteri sahaja. Mereka yang pernah dilantik ialah YB. Datuk Matius Majihi (1985 - 1994), YB. Datuk Markus Majihi (1994 - 1999) dan YB. Jornah Mozihim (2004 - 2008).
Q: Pernahkah Suku Kaum Momogun Rungus dilantik sebagai Pegawai Daerah (DO)?
A: Tidak pernah.
Q: Apakah paling tinggi jawatan dalam kerajaan yang pernah disandang oleh Suku kaum Momogun Rungus:
A: paling tinggi ialah hanya Penolong Pegawai Daerah sahaja iaitu En. Medin Masandu (Pejabat daerah Kecil Paitan) dan En. Bubudan OT Majalu (Pejabat Daerah Kecil Nabawan).
Q: Apakah Sebab-sebab Utama Suku Kuam Momogun Rungus Sangat Miskin di Malaysia?
A:

No comments:

Post a Comment