Saturday, April 25, 2009

TABURAN PENDUDUK SUKU KAUM MOMOGUN RUNGUS


:: TABURAN PENDUDUK SUKU KAUM MOMOGUN RUNGUS ::
( Berdasarkan Jabatan Perangkaan Tahun 2000 )

KAWASAN PARLIMEN P.167 (KUDAT) - 27,767 orang pengundi Rungus (Majoriti - 61%)
>Kawasan N.1 (Banggi) - 4,719 orang pengundi Rungus (54%)
>Kawasan N.2 (Tg. Kapur) - 15,559 orang pengundi Rungus (87%)
>Kawasan N.3 (Pitas) - 7,489 orang pengundi Rungus (61%)
KAWASAN PARLIMEN P.168 (KOTA MARUDU) - 18,440 orang pengundi Rungus (Majoriti - 63%)
>Kawasan N.4 (Matunggong) - 13,778 orang pengundi Rungus (96%)
>Kawasan N.5 (Tandek) - 4,662 orang pengundi Rungus (52%)
KAWASAN PARLIMEN P.183 (BELURAN) 6,632 orang pengundi Rungus (45%)
>Kawasan N.39 (Sungut) - 3,755 orang pengundi Rungus (51%)
>Kawasan N.40 (Labuk) - 2,877 orang pengundi Rungus (42%)
Berdasarkan Taburan Penduduk dari Suku kaum Momogun Rungus adalah merangkumi tiga Kawasan Parlimen iaitu P.167 (Kudat), P.168 (Kota Marudu) dan P.183 (Beluran). Sementara Kawasan Dewan Undangan Negeri pula terdapat tujuh kawasan yang ramai pengundi Momogun Rungus iaitu N.1 (Banggi), N.2 (Tg. Kapur), N.3 (Pitas), N.4 (Matunggong), N.5 (Tandek), N.39 (Sungut0 dan N.40 (Labuk).
Ketika ini Kerajaan Negeri selalunya hanya memberikan satu kerusi ADUN di N.4 Matunggong. Sementara 6 kerusi ADUN iaitu N.1 (Banggi), N.2 (Tg. Kapur), N.3 (Pitas), N.5 (Tandek), N.39 (Sugut) dan N.40 (Labuk) dberikan kepada orang lain. Demikian juga dengan Kawasan Parlimen jarang-jarang Momogun Rungus diberikan peluang.
PERMINTAAN KAMI:
Pada Pilihanraya Umum akan datang kami harap pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan memberikan lalu yang sewajarnya kepada kami Momogun Rungus 7 Kerusi ADUN dan 3 Kerusi Parlimen kepada kami.
NASIHAT:
Sebelum Pilihanraya Umum akan datang ini adalah wajar semua Momogun Rungus yang layak harus bangkit mula bersuara dari akar umbi dan terus menghantar "Profail" kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
PILIHANRAYA UMUM 2012:
Menurut Ramalan pada Pilihanraya Umum akan datang ini Barisan Pakatan Rakyat ada Kemungkinan Besar akan memenangi kalau Semua Suku Kaum Momogun Rungus, Momogun Tambanuo, Momogun Sungai, Momogun Kimaragang, dan Momogun Tobilong tidak diindahkan permintaan mereka.

1 comment:

  1. Saya rasa terpanggil untuk bertanya mengenai data yang saudara dapat mengenai 54% atau 4,719 sukukaum rungus sebagai penggundi di N5 Tandik. Saya orang Tandik dan dari suku kaum kimaragang, kenyataan saudara sangat mengelirukan pembaca blog saudara. Apa yang jelas ialah suku kaum Kimaragang adalah suku kaum yang terbesar di N5 Tandek.

    ReplyDelete